Delegasi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun atau D8 telah melawat ibu pejabat Al-Madinah International University (MEDIU) di Kuala Lumpur pada hari Khamis bersamaan dengan 24 Ogos 2023. Mereka disambut oleh Dr. Abdullah Saad A. Alarefi, Ketua Eksekutif Al-Madinah International University. Delegasi ini diketuai oleh Dato’ Ku Jaafar Bin Ku Shaari, Pengerusi organisasi dengan diiringi oleh beberapa kakitangan. Pada awal pertemuan tersebut, Dr. Abdullah Saad A. Alarefi mengalu-alukan kedatangan delegasi D8 sambil menekankan kepentingan tentang kerjasama antara universiti dan organisasi D8 yang telah pun aktif di beberapa negara di dunia Islam.
Ini diikuti dengan pembentangan program Al-Madinah International University. Pada pertemuan itu, delegasi D8 meluahkan rasa kagum terhadap program dan projek penyelidikan universiti, khususnya berkaitan program ekonomi dan kewangan Islam. Dato’ Ku Jaafar menegaskan hasratnya untuk bekerjasama dengan universiti dalam mencapai matlamat bersama. Beliau juga telah mempelawa Dr. Abdullah Saad A. Alarefi untuk melawat ibu pejabat pertubuhan itu di Kuala Lumpur. Seterusnya mesyuarat telah diakhiri dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderahati.