Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima lawatan dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada Rabu, 4 Mac 2020 untuk meneroka peluang kerjasama antara MPM dan MEDIU sebagai pusat peperiksaan bagi menjalani The Malaysian University English Test (MUET). Delegasi MPM telah diketuai oleh Encik Azman Hussein, Setiausaha Bahagian; Encik Muhammad Fiqree Syamim Md Aminrol, Pegawai Integriti dan Encik Irwan Hadi Zakaria, Pembantu Tadbir.
Para perwakilan MPM disambut oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan barisan Asst. Prof. Dr. Tayeb Mebrouki, Pemangku Timbalan KE (Hal Ehwal Akademik); Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou, Pemangku Timbalan KE (Hal Ehwal Pelajar); Prof. Dr. Daud Quadir Elega, Pengarah Pusat Pengajian Persediaan dan Bahasa (CPSL); Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff, Pemangku Ketua Pendaftar; Puan Nur Maisarah Roslan, Pensyarah Pusat Pengajian Persediaan dan Bahasa (CPSL), Encik Syazwan Khalis, Pemangku Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Encik Ahmad Zakaria Ahmad Faizul dari Jabatan Pengurusan Kampus.