Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima lawatan daripada Bahagian Pembangunan Endowmen & Waqf (DEW), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada hari Khamis, 16 Januari 2020 dalam rangka program penandaarasan berkaitan wakaf yang diamalkan oleh MEDIU serta untuk meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua universiti.
Delegasi UNIMAS diketuai oleh Tuan Haji Mazlan bin Kiflie, Bendahari UNIMAS; Puan Dayang Nor Hajijah binti Awang Daud, Ketua Bahagian Endowmen & Waqf; Puan Lina binti Su’uit, Staf Pentadbiran, Ketua Bahagian Endowmen & Waqf; Puan Siti Khatidjah binti Salam, Staf Pentadbiran, Ketua Bahagian Endowmen & Waqf dan Cik Winnie Marta Anak Madin, Staf Pentadbiran, Ketua Bahagian Endowmen & Waqf.
Para perwakilan disambut oleh CEO MEDIU, Assoc. Prof. Dr. Fadlan bin Mohd Othman di hadapan En. Ahmad Fallatah, Ketua Pusat Pengantarabangsaan dan Dekan, Fakulti Kewangan dan Sains Pentadbiran, Prof. Emer. Dr. Takiah Binti Mohd Iskandar bersama ahli fakulti iaitu Puteri Aina Megat Ameir Noordin, Prof. Prof. Dr. Besar bin Ngah dan Prof. Dr. Sadun Naser Yassin Alheety.