Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU), Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman telah menerima kunjungan daripada Pengarah Polis Basilan, Filipina; YBhg Tuan Bahrul Ulum U.Tungao pada hari Khamis, 13 Februari 2020. Pertemuan tersebut juga dihadiri oleh Ketua Jabatan Perhubungan Awam, En. Jamaluddin Hussain; Ketua Jabatan Pengantarabangsaan, En. Ahmad Fallatah dan pensyarah Fakulti Kewangan dan Sains Pentadbiran, Prof. Madya Dr. Besar bin Ngah.
YBhg Tuan Bahrul Ulum U. Tungao juga merupakan pimpinan kanan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Pertemuan yang telah berlangsung hampir 2 jam itu telah membincangkan tentang hubungan dua hala dan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi di wilayah Filipina Selatan.