Seramai dua puluh orang pelajar tempatan dan antarabangsa dari Al-Madinah International University (MEDIU) telah menghadiri program “Temu Anwar IPTS” pada 5 Mei 2025 bertempat di MSU, Shah Alam. Ia merupakan satu penghormatan dapat bertemu dengan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dalam satu sesi yang bermakna, berinformasi dan memberi impak yang besar kepada para pelajar universiti swasta.