Mac 23, 2023

MEDIU melancarkan laman web baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa hari ini, pada hari pertama Ramadhan tahun 1444 Hijrah, bersamaan 23/3/2023, Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU), Dr. Abdullah Saad Alarefi telah melancarkan laman web baharu universiti tersebut. Sehubungan itu, Ketua Eksekutif (CEO) MEDIU juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Dr. Yazeed AlSayed Ali Al Moayed, atas kesungguhan beliau membangunkan laman web tersebut supaya pemohon, pelajar dan pengunjung sama-sama boleh mengakses maklumat dan perkhidmatan yang diperlukan dengan mudah.