Pada 8 Jun 2023, Al-Madinah International University (MEDIU), bertempat di kampus utama universiti itu yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, dengan diwakili oleh Ketua Eksekutif Universiti, Dr. Abdullah Saad A. Alarefi, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Umaru Musa Yar’Adua, Nigeria, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Shamsuddin Abu Bakr Yousef. Di awal pertemuan, Dr. Abdullah Alarefi mengalu-alukan kedatangan tetamu, dan menyatakan kepentingan universiti mengambil inisiatif sedemikian supaya kerjasama antara universiti dalam pelbagai bidang akan dapat diperkukuh bagi menjalani penyelidikan saintifik.
Selain itu, Dr. Shamsuddin Abu Bakr Youssef memuji pengalaman Al-Madinah International University dalam pengkhususan pembelajaran. Beliau juga menekankan hasrat Universiti Umaru Musa Yar’Adua untuk memanfaatkan pengalaman ini bagi menambah lebih banyak kepakaran kepada penyelidik dan pelajar di Nigeria. Di akhir pertemuan, perjanjian ditandatangani oleh Dr. Abdullah Alarefi dan Dr. Shamsuddin Abu Bakr Youssef, dan kedua-dua pihak bertukar hadiah dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.