September 6, 2023

Al-Madinah International University menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di Brunei Darussalam

Kehadiran Dr. Abdullah bin Saad Alarefi, Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU) ke Brunei Darussalam telah mencatatkan sejarah dengan  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MEDIU dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang diwakili oleh Presidennya, Dr. Hajj Noor Irfan bin Haj Zainal. Majlis ini telah diadakan pada hari Rabu bersamaan dengan 30 Ogos 2023 di Kampus UNISSA yang terletak di Bandar Seri Begawan. Turut serta dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) ini ialah para Dekan  dan Pensyarah UNISSA.

Pada permulaannya Dr. Abdullah Alarefi menzahirkan rasa gembira kerana dapat menghadirkan diri di kampus UNISSA. Beliau juga telah menegaskan bahawa pentingnya untuk merapatkan hubungan dan jaringan antara institusi akademik antarabangsa yang berterusan dalam meningkatkan taraf kajian ilmiah. Bagi Dr. Hajj Noor Irfan bin Haj Zainal, mengekspresikan ucapan terima kasih kepada Dr. Abdullah Alarefi dan juga menzahirkan rasa teruja terhadap perjanjian yang dibuat dengan MEDIU. Perjanjian itu dilihat signifikan kerana kepakaran MEDIU dalam bidang teknologi pendidikan, pengajaran bahasa Arab, pengajian Islam dan pelbagai lagi pengkhususan lain. “Dengan itu, diharap perjanjian tersebut akan menjadi langkah pertama kepada kepelbagaian kerjasama antara kedua-dua buah universiti”. Ujar Dr. Haji Noor Irfan. Seterusnya majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar untuk kenang-kenangan dan penyerahan cenderahati.