Mei 19, 2025

MEDIU Sertai Pameran Pendidikan Spektrum

Penyertaan Al-Madinah International University (MEDIU) dalam ‘Spectrum Education Fair’ pada 10 Mei barubaru ini, bertempat di Sekolah Antarabangsa Spectrum, Putrajaya. Menurut kenyataan Pegawai Pemasaran MEDIU, Cik Aminah Kamarudin, pameran pendidikan ini amat bermakna dan memberi kesan yang besar dalam menyebarkan maklumat universiti dan mendedahkan peluang kepada pelajar antarabangsa dan tempatan untuk mereka menyambung pengajian ke peringkat menara gading.