September 9, 2021

Memorandum Persefahaman MEDIU-Akademi Saintifik Sharif, Turki

MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, dengan institusi pendidikan antarabangsa. Pihak MEDIU telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Akademi Saintifik Sharif, Turki pada hari Selasa, 8 September 2021.

Sesi ini diadakan secara dalam talian disaksikan oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Akademik), Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki dan Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou. Manakala Akademi Saintifik Sharif diwakili oleh Presiden Akademi, Sheikh Abdul Khaleq Al-Sharif. Perjanjian tersebut ini merangkumi kerjasama hal ehwal akademik meliputi kajian ilmiah dan penerbitan jurnal akademik di antara kedua-dua pihak.

Akademi Saintifik Sharif (https://alsharifas.com/) merupakan sebuah institusi dalam bidang pendidikan, pemulihan dan penyelidikan ilmiah berkaitan dengan pengajaran dan penyebaran ilmu Syariah dan sains manusia. Akademi ini berusaha untuk mencapai kepemimpinan di dalam pendidikan Syariah dengan kaedah terkini dalam mempersembahkan kurikulum Syariah yang menggabungkan keaslian dan kemodenan.