April 24, 2021

Memorandum Persefahaman MEDIU-Birmingham College of Humanities

MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, serta berkaitan dengan organisasi antarabangsa. Pihak MEDIU telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Birmingham College of Humanities (https://birminghamcollege.org/en_us/) pada hari Selasa, 20 April 2021.

Sesi ini diadakan secara dalam talian antara Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan Dr. Saeed Al-Qadi, Pengerusi Birmingham College of Humanities serta disaksikan oleh Penasihat Undang-Undang MEDIU, Tuan Syed Hashim Bin Ahmad Al-Qudsi; Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Akademik), Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki; Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou dan Dekan Fakulti Sains Islam, Prof. Madya Dr. Fouad Bounama.

Birmingham College for Humanities merupakan sebuah kolej antarabangsa yang terletak di Birmingham, United Kingdom yang ditubuhkan untuk pengajaran bahasa Arab dan Ilmu Islam melalui kaedah pedagogi moden dan menggunakan kurikulum yang unik dan berbeza.