September 24, 2021

Memorandum Persefahaman MEDIU-Iman Islamic College, Ethiopia

MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, dengan institusi antarabangsa. Pihak MEDIU telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Iman Islamic College, Ethiopia pada hari Jumaat, 10 September 2021.

Sesi ini diadakan secara dalam talian disaksikan oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Akademik), Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki manakala Iman Islamic College diwakili oleh Presiden, Dr. Mohammedzeid Nuruhssien dan disaksikan oleh Dr. Murad Ridwan. Perjanjian tersebut adalah untuk berkolaborasi dalam program pengajaran dan latihan serta pertukaran maklumat dan bahan latihan antara kedua-dua institusi.

Iman Islamic College (http://www.iiias.com/) merupakan sebuah institusi yang terlibat dalam penyebaran pengajaran dan sumber Islam untuk memperoleh pengajian Islam yang sahih dengan melaksanakan tanggungjawabnya dengan etika dan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam tujuan untuk memiliki keperibadian yang dibina berdasarkan nilai-nilai Islam.