Julai 7, 2025

Mesyuarat Bermanfaat bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)!

 

Pada hari Khamis, 3 Julai 2025, delegasi daripada Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan lawatan ke Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Cyberjaya.

Delegasi MEDIU terdiri daripada Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha, Prof. Ts. Dr. Hjh. Fatimah binti Dato Ahmad, Prof. Dr. Abdullah bin Mohd Zin, Puan Nurul Ashikin binti Abdul Latiff, dan Puan Suhaili Osman Kamil.

Rombongan telah disambut mesra oleh Prof. Ts. Dr. M. Iqbal bin Saripan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti), Encik Mohd Khairul Nizam Ibrahim, Pengarah Kanan (Akreditasi), serta pegawai-pegawai kanan MQA.

Mesyuarat yang diadakan amat bermanfaat, merangkumi perbincangan seperti akreditasi, syarat kemasukan, jaminan kualiti, dan hal ehwal pelajar antarabangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak MQA atas sambutan yang mesra dan perkongsian yang penuh manfaat.