Memandangkan penyebaran pembelajaran universiti menerapkan sistem pendidikan jarak jauh selain pendidikan secara langsung, dimana ia memudahkan proses pembelajaran ilmu para pelajar dapat dijalankan dengan mudah tanpa sebarang halangan.
Dengan ini dimaklumkan persetujuan dari Jabatan Kesetaraan Akademik Universiti Ijazah di Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi di Negeri Qatar yang diketuai oleh Maryam Ibrahim Muhammad Ismail Al Ziyara, akan pengiktirafan kesetaraan sijil MEDIU yang telah diberikan kepada pelajar bernama Muhammad Imran Ali Imran Al-Kuwari, pelajar jurusan Qada’ and Siyasah Shariyyah, Fakulti Ilmu Islam pada 12 April 2020.
Pengiktirafan keseteraan sijil ini dicapai dalam memenuhi objektif universiti dan usaha gigihnya di dalam mencapai visi akan kepentingan kualiti ilmiah dan pendidikan di seluruh dunia.
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia No. [KPT/JPS/DFT/US/B22] bertarikh 20 Jun 2007 di mana semua program pengajian di akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia, berdasarkan sistem pembelajaran secara konvensional dan secara jarak jauh.