Mac 30, 2021

Simposium Antarabangsa Bahasa Arab Kali Pertama

Pusat Kecemerlangan dan Fakulti Bahasa Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Penyelidikan dan Kegiatan Ilmiah di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kedah telah  menganjurkan ‘The 1st International Scientific Symposium for Arabic Language’ melalui dalam talian pada hari Isnin, 22 Mac 2021 dengan tema “The Contributions Of Scientific Institutions In Teaching Arabic To Non-Native Speakers, Experiences, And Aspirations”.

Simposium yang diadakan secara mod dalam talian ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Simposium; Dr. Abdul Ghani bin Md Din, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mengenai objektif simposium. Diikuti dengan ucapan perasmian dari Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof Dr Asmadi bin Mohamed Naim selaku Penyelia Umum Simposium.

Sesi pertama symposium telah dikendalikan oleh Pen. Prof. Dr. Mohamed Rady Mohamed Elpaz Elsheakh dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mengendalikan sesi pembentangan daripada Pen. Prof. Dr. Rusdee Taher (Prince of Songkla University, Thailand) mengenai “The Experience of the Arabic Language Proficiency Test Center and Developing its Skills in Creating an Appropriate Learning Environment for Teaching Arabic to Non-Native Speakers”, Pen. Prof. Dr. Koussoube Issa (Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Malaysia) mengenai “The Reality of Employing Modern Technologies in Teaching Arabic to Non-Native Speakers-Experiences and Suggestions” dan Pen. Prof. Dr. Ibrahim Babikir El Hag (Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia) mengenai “Teaching Aptitude and its Role in Meeting the Needs of Educational Institutions”.

Sementara sesi kedua simposiun dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Omar bin Mohammed Din dari Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) dengan sesi pembentangan daripada Pen. Prof. Amin bin Mustafa Al-Shanqiti (Universiti Islam Madinah-Arab Saudi) mengenai “The Educational Environment at The Institute for Teaching Arabic Language at the Islamic University of Madinah and its Role in Promoting Arabic Language Education for Non-Native Speakers”, Prof. Dr. Mohammed Al-Hanash (Sidi Mohamed Ben Abdellah University-Maghribi) mengenai “Arabic Language Tests for Non-Native Speakers: The Irfan Test as a Model” dan Prof. Dr. Majdi bin Haji Ibrahim (Pengarah ISESCO Pusat Bahasa Arab untuk Penutur Bukan Arab) mengenai “The Contributions of the ICESCO Arabic Language Center for Non-Native Speakers to the Advancement of Arabic Language”. Kedua-dua sesi tersebut merangkumi pembentangan maklumbalas, cadangan dan pandangan serta pengalaman para pembentang.

Akhir sekali, Prof. Madya Dr. Omar bin Mohammed Din telah memberikan rumusan akhir yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Saintifik Simposium dan ucapan daripada Ketua Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Prof. Madya Dr. Fadlan Bin Mohd Othman telah mengakhiri program simposium tersebut.