April 22, 2020

Pengagihan Bantuan Makanan ke-6 untuk Pelajar MEDIU (Dana Sokongan Bantuan Makanan PKP)

Al-Madinah International University (MEDIU) telah menjalankan aktiviti pengagihan bantuan makanan kepada para pelajarnya di penempatan mahasiswa mahasiswi pada hari Isnin, 20 April 2020. Bantuan telah diberikan kepada 167 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa kali ini adalah minggu yang ke-enam sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada 18 Mac 2020.

Agihan makanan ini dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar MEDIU dan diuruskan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar, Asst. Prof. Dr. Bey Zekkoub Abdelali dengan dibantu oleh beberapa orang kakitangan lain.

Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman telah merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penderma dan penyumbang yang amat prihatin, “Semoga Allah SWT menggandakan ganjaran yang baik diatas kebaikan kalian dalam membantu pelajar-pelajar di sini, jazakumullahu khairan”.

Pihak Al-Madinah International University (MEDIU) kini masih lagi berusaha mengumpulkan dana untuk bantuan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada pelajar-pelajar yang masih berada di penempatan mahasiswa yang terletak berhampiran kampus MEDIU. Pihak universiti memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak RM6800 setiap minggu bagi menyediakan bantuan makanan kepada 170 orang pelajar dengan kos purata sebanyak RM40 untuk setiap orang pelajar.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun universiti seperti maklumat berikut:

AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY  (Maybank Berhad) – 5627 3110 4591